Nasehat Ibn al-Mubarak Kepada Ahli Ibadah

Ibnu al-Mubarak atau nama sebenarnya Abdullah al-Mubarak, merupakan  seorang Imam Besar,pendakwah, Mujahid, ulamak yang zuhud,  yang sentiasa merindui Jihad dan syahid pada jalan Allah s.w.t. hingga menemui syahid beliau pada tahun 181 Hijrah di “هيت”.
Ayahnya al-Mubarak pula adalah seorang yang sangat bermanah pada masa beliau menjadi pekerja kepada sebuah ladang epal tuannya sehingga beliau tidak pernah merasai epal tersebut. Hanya menjaganya sahaja. Lalu dengan kehebatan amanah dan kesolehan Mubarak itu, maka beliau telah dikahwinkn dengan puteri tuannya iaitu seeorang gadis yang sangat solehah, memahami sunnah dan taat kepada perintah Allah s.w.t. Maka lahirlah zuriat yang hebat daripada mereka iaitu Abdullah al-Mubarak.

Antara kisahnya yang masyhur yang telah dirakamkan di dalam tafsir Ibnu kathir adalah bait-bait Syair yang telah dihantar melalui sepucuk surat kepada Fudhail bin Iyad, yang merupakan seorang Abid yang sangat terkenal dengan ibadahnya yang hebat hingga digelar sebagai Ahli Ibadah bagi dua tanah Haram. kandungan surat tersebut sangat menyentuh jiwa Fudhail hingga beliau menangis, bertaubat dan mara bersama tentera Islam yang sedang berperang ketika itu.

Surat Yang Dihantar oleh Ibnu al-Mubarak kepada Fudhail bin Iyad:

يا عابـد الحرمين لو أبصـرتنا لعلـمت أنك في العبـادة تلعب

من كان يخضب خده بدمـوعه فنحـــورنا بدمائنا تتخضب

أو كان يتعب خيله في باطــل فخيولنا يوم الصبيحـة تتعب

ريح العبير لكم ونحـن عبيرنا رهج السنابك والغبار الأطيب

ولقــد أتانـا من مقـال نبينا قول صحيح صادق لا يكذب

لا يستوي غبار خيـل الله في أنف امرئ ودخان نـار تلهب

هذا كتاب الله ينطـــق بينا ليس الشهيد بميت لا يكـذب

“Wahai  ahli ibadah di dua Tanah Haram,
Kalaulah kamu telah menyaksikan kami,
Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya
Seolah-olah kamu telah bermain-main dalam ibadah,
Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras
Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras,
ataupun kuda-kuda ia kepenatan di dalam perkara batil,
Maka kuda-kuda kami penat dalam melakukan penyerbuan dan peperangan,
Bau wangi-wangian menjadi milikmu,
Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu di jalanan,
dan sesungguhnya telah datang kepada kami sabda nabi s.a.w.,
Sabda yang benar jujur dan tidak ada kebohongan
Tidaklah sama debu kuda-kuda Allah di hidung seseorang dan asap neraka yang menyala-nyala,
Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami,
Bahawa orang mati syahid tidaklah sama dengan orang yang mati biasa,
Ia tidak akan berbohong”.

Semoga kandungan bait-bait syair yang penuh pengertian ini mampu untuk meniupkan roh jihad dan perjuangan kepada para pejuang yang sentiasa ikhlas di dalam menegakkan agama Allah s.w.t.. semoga kita tidak tergolong daripada golongan yang bermain-main dalam pengabdian dan ibadah kepada Allah s.w.t…wallahu’alam

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s