Penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh agama lain menimbulkan kekeliruan

UTRAJAYA 3 Jan. – Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar masing- masing bagi mengelakkan wujud suasana tidak harmoni.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, keputusan itu dibuat kerana penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh agama lain boleh menimbulkan kekeliruan dan kemarahan di kalangan umat Islam di negara ini. Beliau berkata, adalah tidak wajar larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh agama lain dijadikan perbahasan umum yang menggambarkan seolah-olah tiada kebebasan beragama di negara ini.

”Semalam, Kabinet memutuskan untuk mengekalkan larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ seperti mana yang telah diputuskan dalam mesyuaratnya pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
v ”Lagipun, mengikut amalan sejak sekian lama di negara ini, kalimah ‘Allah’ hanya merujuk kepada Tuhan penganut agama Islam sahaja,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1429/2008 yang akan disambut pada 10 Januari ini di sini hari ini.

Acara tahunan kali ini yang bertemakan ‘Menjana Ummah Gemilang’ itu akan dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Pada 31 Disember lalu, pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah ‘Allah’. Bagaimanapun, pada hari yang sama, Timbalan Menteri KKDN, Datuk Johari Baharum menegaskan, sekali pun permit akhbar itu diperbaharui, larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ masih kekal. Sehubungan itu, Abdullah memberitahu, pihaknya akan memaklumkan secara rasmi kepada KKDN berhubung keputusan tersebut secepat mungkin.

Beliau berkata, selain kalimah ‘Allah’, kalimah solat, Kaabah dan Baitullah adalah dilarang penggunaannya dalam penerbitan agama lain. ”Ia berdasarkan keputusan Kabinet pada 31 Julai 2002,” katanya

Those missionary should think of something else.
Subscribe to
written by Malay Ultraman, January 07, 2008 | 10:07:26

Within Malaysia context, Allah has always been a Proper name for God of Muslim. Allah is not a general term like God. The jewish use the term G_d to differentiate itself from Chritian God. While for Muslim Allah is associated as One, single,non- replicable, non-producible, non- comparable to any creature in any metaphysic. While for Christian, God is associated with trinitiy concept, 3 in 1, son, father and holy ghost plus saint Mary plus Jesus idol which negate itself to Allah. For Malays, calling Allah for Christian God is very much like calling Toh Pe Kong as Allah. It is a huge blasphemy. Of course, some would argue that Arab Christians have been using Allah since day 1. But within malaysia communitiy especially Iban and Kadazan tribes, non of them speak Arab. I am not at all a big fan of BN government. But this time, the minister is doing the right job. Those missionary should think of something else. Instead of Allah, they can use capitalize word like TUHAN or GOD and get them copyright registered. Get real!!! Non of my Christian friends ever use the word Allah and they dont even know how to pronounce it!! Even if they do, they sound very funny… (MALAYSIA TODAY)

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s