Gadis Kecil Itu Akhirnya Kembali Ke Sekolah dengan Tetap Bertudung

img470602b527eec.pngShaima Saidani, seorang pelajar sekolah rendah di Girona, Spanyol akhirnya dapat kembali ke sekolah dengan tetap memakai tudung, setelah pemerintah wilayah setempat menarik balik larangan bertudung kerana dianggap diskriminasi.

Seminggu yang lalu, sekolah tempat Saidani belajar, Joan Puigbert-Annexa Junior School di bandar itu melarangnya masuk sekolah, kerana beliau menolak untuk menanggalkan tudungnya.

Menurut pihak sekolah, tudung melanggar peraturan internal sekolah tentang diskriminasi di kalangan pelajar sekolah.

Pihak sekolah juga menulis surat kepada kedua ibu bapa Saidani, tentang tudung yang dipakai puterinya. Namun, ibu bapa Saidani berkata bahawa puterinya memakai tudung atas kemauannya sendiri, dan bukan atas tekanan dari orang lain.

Kementerian Pendidikan wilayah Catalonia menilai tindakan pengurusan sekolah dengan melarang pelajarnya memakai tudung, merupakan tindakan diskriminasi. Untuk itu Jabatan Pendidikan membatalkan keputusan pihak sekolah dan memerintahkan agar pihak sekolah membenarkan Saidani kembali belajar dengan tetap memakai tudung.

“Dia sudah kembali ke sekolah hari ini. Alhamdulillah, masalahnya sudah selesai,” kata Noana Alharami, ibu Saidani.
Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa Spanyol menghormati semua agama dan mengizinkan para muslimah memakai tudung. Hak-hak Saidani untuk mendapatkan pendidikan, menurut para pegawai di Kementerian Pendidikan, jauh lebih penting berbanding peraturan sekolah dan pihak sekolah harus menerapkan sikap toleransi.

Ibu Saidani berkata, keluarganya sudah bersedia untuk kembali ke tanah kelahiran mereka di Maghribi, jika puterinya tidak diizinkan ke sekolah dengan memakai tudung.

Joan Puigbert-Annexa Junior School, ujar Ibu Saidani, adalah sekolah kedua bagi puterinya. Saidani keluar dari sekolah yang pertama, setelah beberapa pelajar di sekolah lamanya menarik tudungnya sampai tanggal.

Sepanyol kini mempunyai kira-kira 800,000 warga Muslim dari keseluruhan jumlah penduduk sebanyak 40 juta orang.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s