Pemakai Hijab Dilarang Masuk Bilik Undian di Kanada

Pemerintah Kanada, mengajukan proposal undang-undang mengandungi larangan Muslimah masuk ke bilik undian pilihanraya, jika memakai hijab. Proposal undang-undang ini lalu menimbulkan protes daripada pemimpin pembangkang dan tokoh minoriti Islam.

UU ini dikeluarkan untuk menutup perdebatan yang kebelakangan berlaku terkait isu boleh atau tidak pemakai hijab turut serta dalam Komiti Pilihanraya Umum di Kanada. Beberapa masa dahulu, berlaku perselisihan sengit antara pemerintah dan suruhanjaya pilihanraya tentang masalah tersebut, sehingga pemerintah mengajukan draf UU ke parlimen yang mengkhususkan perempuan yang memakai hijab, dengan beberapa alasan, dilarang memasukinya. Salah satu alasan yang diajukan, mungkin ada seseorang menyamar untuk masuk mengundi dengan memakai hijab.

Beberapa parti politik besar di Kanada sebelum ini telah meminta Suruhanjaya Pilihanraya untuk melarang sesiapa sahaja yang menutup muka masuk ke dalam bilik undian. Sementara itu, Ketua Suruhanjaya Pilihanraya, Merand memandang bahawa UU yang ada tidak menyebutkan perkara tersebut sehingga Muslimah berhijab boleh menyampaikan suara mereka.

Para pemimpin pembangkang dan minoriti Islam menolak draf UU tersebut. Mereka mengatakan, larangan menggunakan hijab dalam menyampaikan suara itu tidaklah mendesak dan tidak prinsip. Pihak pembangkang justeru menuduh pemerintah sengaja menimbulkan isu untuk mencari dukungan politik.

Michael Egnatif, Ketua pembangkang liberal berkata, “Saya tidak ingin menolak UU itu secara keseluruhan hanya untuk membela sekelompok perempuan yang mengenakan tudung. Biarkan kami menjauhi pelbagai masalah itu agar warga Kanada tidak terpecah belah akibat perkara ini. ”

Bagi perwakilan Muslim Kanada, Muhammad Al-Mashri sekaligus Ketua Dewan Islam Kanada berakta, “Idea undang-undang ini tidak prinsipal dan justeru akan membangkitkan sentimen etnik terhadap Muslim Kanada. ”

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s