Muslimah Bertudung Pertama di Eropah Yakin Bertanding Dalam Pilihanraya Denmark

img47283ff789659.gif“Saya sangat optimis. Saya yakin saya dan parti saya akan mendapatkan hasil undian yang bagus pada pilihanraya ini, ” ujar seorang Muslimah calon parlimen Parti Persatuan Denmark.

Muslimah bernama Asma Abdol Hamid itu menyatakan keyakinannya akan menang dalam pilihanraya yang akan dilaksanakan pada 13 November akan datang. Beliau menegaskan tidak akan membuka tudung dalam kempen politiknya sehingga menjadi anggota parlimen kelak.

Asma, yang sebelum ini dikenali sebagai penyampai tv Denmark pertama memakai tudung, menyeru minoriti Islam untuk melakukan tindakan positif untuk menjawab tuduhan yang dilontarkan Parti Rakyat Denmark yang berhaluan ekstrim kanan, terhadap kaum Muslim.

Jurucakap parti sayap kanan-ekstrim Parti Rakyat Denmark (DPP), Soeren Krarup, menganggap tudung Asma sebagai “simbol totaliter” dan menyamakannya dengan “Nazi swastika.” Seorang anggota Parlimen Eropah dari DPP, Mogens Camre, juga mengatakan, “Asma memerlukan rawatan psikiatris.”

Namun kata-kata kasar itu tidak memberi kesan terhadap Asma, yang menetap di Denmark sejak berusia lima tahun bersama kedua orangtuanya yang berasal dari Palestin. Menurut Asma, kaum Muslimin harus terlibat aktif dalam pilihanraya dan menyumbang suara untuk menentang para ekstrimis melalui lapangan politik.

“Yang saya inginkan adalah kesejahteraan sosial untuk semua rakyat Denmark. Saya menganggap pencalonan diri saya adalah wakil dari seluruh elemen rakyat Denmark dan saya tidak menganggap bahagian daripada kelompok atau etnik tertentu, ” demikian ujar Asma dalam salah satu ucapan yang menjadi fokus kempennya.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau akan melihat ke seluruh rakyat Denmark dengan satu sudut pandang, tanpa membezakan apakah dia imigran atau tidak, asalkan dia adalah warga Denmark maka orang tersebut mempunyai hak dan kewajipan yang sama.

Asma, Muslimah berusia 25 tahun dalam Parti Persatuan Denmark yang menjadi pembangkang pemerintah. Beliau juga menyatakan salah satu programnya adalah melakukan “reformasi pemerintah”.
Asma menegaskan bahawa beliau takkan melepaskan tudung sebagai identiti keIslamannya, sebagaimana prinsip yang sudah beliau tunjukkan beberapa masa dahulu ketika beliau menjadi penyampai tv.

Asma yang merupakan warganegara Denmark kelahiran Palestin, telah menimbulkan perdebatan hangat di Denmark ketika mendeklarasikan prinsip bahawa beliau akan memakai tudung di parlimen apabila beliau terpilih dalam pilihanraya 2009.

Ketika masih menjadi penyampai tv, Asma juga sudah menerima kritikan dan tuduhan di pelbagai media, kerana memakai tudung dan menolak berjabat tangan dengan yang bukan mahramnya. Kini, beliau kembali muncul ke khalayak Denmark dalam rangka kempen pilihanraya. Jika terpilih, maka Asma adalah wanita yang menjadi ahli parlimen pertama di Eropah yang memakai busana muslimah.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s