Bush Bekal 2 Million Dollar untuk Mesir Setahun Untuk Halang Gerakan Politik Al-Ikhwan

0169_logo_fm.jpgHesham Qasem, aktivis HAM Mesir memberitahu Presiden AS George Bush membekalkan dana tidak kecil kepada Mesir untuk menghalangi perubahan Mesir ke arah negara agama. Beliau menyebutkan juga jumlah dana bantuan AS itu untuk Mesir, iaitu dua million dollar setahun.

Dalam terbitan akhbar Ad Dustour hari Sabtu (20/10), Qasem berkata, “Presiden AS mahu para aktivis HAM menjaga kestabilan Mesir agar tidak menjadi negara agama, dengan menyumbangkan dana dua million dollar pertahun”. Menurut Qasem, tawaran seperti itu terungkap ketika Bush dan beliau bertemu pada bulan September baru-baru ini di Rumah Putih, pasca beliau mendapat penghargaan atas penegakan HAM. Dalam kesempatan itu, mereka berbincang tentang keadaan politik di Mesir.

“Bush bertanya kepada saya tentang keadaan politik di Mesir, khususnya tentang Al-Ikhwan Al-Muslimun dan pusat massa mereka. Saya jawab bahawa kekuatan politik alternatif mereka mampu mengadakan agenda politik di Mesir meskipun mendapat tekanan keras daripada pemerintah Mesir. Saya sampaikan, keadaan itu kerana mereka mampu melakukan koordinasi melalui perhimpunan-perhimpunan yang tidak mungkin disentuh oleh pemerintah, ” ujar Qasem.

Beliau lalu melanjutkan, “Saya juga menjelaskan bahawa politik pemerintah di Mesir untuk menghalang parti-parti daripada aksi sosial dan membatasinya di dalam lingkup tertentu saja. Keadaan ekonomi Mesir juga dalam keadaaan gawat sehingga keadaan itu mendorong masyarakat untuk mendukung para calon parlimen Al-Ikhwan dalam pilihanraya yang akan datang. Al-Ikhwan dipandang sebagai satu-satunya alternatif yang wujud di Mesir untuk mengganti pemerintah yang gagal memberi jaminan minimum untuk rakyat”. Daripada penjelasan itu, kemudian Qasem menyampaikan bahawa situasi di Mesir memungkinkan perubahan Mesir menjadi negara teokrasi yang diperintah oleh sistem pemerintahan agama.

Qasem menyampaikan hal tersebut kerana ada kaitan dengan pernyataan seorang pemerhati AS di bidang gerakan Islam yang yakin bahawa Al-Ikhwan Al-Muslimun selaku kelompok pembangkang terbesar di parlimen Mesir, mempunyai kesempatan untuk melakukan Islamisasi dengan pola yang berbeza daripada apa yang dilakukan Al-Qaeda. Itu tetap dapat dilaksanakan meskipun ada hubungan kuat antara pemerintah Mesir dengan AS.

Pernyataan itu adalah pernyataan Mark L ketika melakukan wawancara dengan Al-Mashri Al-Yaoum. Dalam wawancara itu, beliau menyebutkan keyakinannya bahawa Al-Ikhwan Al-Muslimun mampu menguasai Mesir dan menjadi contoh perubahan yang berbeza dengan dengan pola yang dilakukan Al-Qaeda. Mark L berkata, “Pemerintah mempunyai hubungan kuat dengan Mesir, dan mereka tak mahu kepentingan mereka itu terancam”.

Berhubung sikap AS terhadap Al-Ikhwan, Mark L berkata, “Di AS ada beberapa persoalan tentang Al-Ikhwan Al-Muslimun. Apakah demokrasi sesungguhnya yang diperjuangkan Al-Ikhwan? Apakah Al-Ikhwan mampu membuktikan bahawa mereka sejalan dengan demokrasi sebagai pilihan strategik mereka? Menurut pendapat peribadi saya, Al-Ikhwan memang telah memberi beberapa indikasi positif ketika mereka menetapkan untuk turut serta dalam pilihanraya Dewan Syuro Mesir, tanpa harapan langsung untuk menang.

Pemaparan agenda politik mereka juga merupakan salah satu langkah dalam demokrasi”.

Selanjutnya Mark menerangkan bahawa Al-Ikhwan mempunyai kesempatan untuk menjadi alternatif bagi organisasi Al-Qaeda yang ketika ini menerapkan pola kekerasan. Tapi beliau mengatakan pula, “Yang penting sekali dijelaskan adalah soal sikap Al-Ikhwan terhadap Al-Qaeda dan terorisme. Apakah mereka bersedia untuk melawannya atau tidak?”

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s